Ketika saya mencatatkan idea untuk entri
blog pada kali ini, saya sedang berada dalam perjalanan untuk pergi ke stesen
bas Tanjong Malim. Tujuan saya ke sana adalah untuk membeli tiket bas untuk pulang
ke kampung halaman sempena cuti raya haji pada minggu hadapan. Semasa
perjalanan untuk menuju ke stesen bas tersebut, saya terlihat satu papan tanda
yang bertulis “Kurangkan Laju”. Terlintas di benak fikiran saya bahawa seperti
ada sesuatu kesalahan yang terdapat pada perkataan di papan tanda tersebut.
Sepanjang perjalanan itu, otak saya
ligat berfikir tentang sama ada perkataan yang digunakan pada papan tanda
tersebut mengandungi kesalahan ataupun tidak. Setelah tiba di rumah, saya terus
memikirkan tentang ayat yang tertulis di papan tanda itu tadi iaitu “Kurangkan
Laju” dan memang benarlah telahan saya bahawa terdapat kesalahan pada ayat
tersebut. Pada pendapat saya, terdapat kesalahan bahasa dalam perkataan di
atas. Perkataan ‘kurangkan’ haruslah diikuti oleh kata nama terbitan ‘kelajuan’
bukannya kata sifat ‘laju’.
No comments:
Post a Comment