Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Bismillahhirrahmanirrahim.
Hai, pembaca semua! Selamat datang ke blog saya ini. Buat pengetahuan semua, ini merupakan entri blog saya yang pertama. Saya masih dalam proses mempelajari dengan lebih mendalam tentang cara-cara untuk menghasilkan blog ini. Selalunya saya hanya membaca blog-blog orang lain sahaja. Kini, saya sudah memiliki blog saya sendiri. Nampaknya saya sudah agak ketinggalan berbanding rakan-rakan lain yang sudah lama memiliki blog mereka sendiri. Jadi, masih banyak lagi yang perlu saya belajar agar saya juga mahir dalam menghasilkan blog seperti mereka.
Baiklah, berbalik kepada tujuan asal saya untuk entri blog saya yang pertama ini. Sebenarnya, saya ingin berkongsi tentang dialek bahasa yang terdapat di negara kita ini, Malaysia. Seperti yang kita telah sedia maklum, negara kita mempunyai kepelbagaian dialek. Antaranya ialah dialek Kedah, dialek Perak, dialek Pahang, dialek Kelantan, dialek Terengganu, dan sebagainya.
Di sini, saya ingin fokuskan kepada pengalaman bahasa dialek saya sendiri dan rakan-rakan saya. Seperti saya sendiri, saya menggunakan dialek orang utara iaitu dialek Kedah manakala, 2 orang rakan baik saya menggunakan dialek Perak dan seorang rakan saya lagi menggunakan dialek Kelantan.
Dalam berkomunikasi dengan menggunakan dialek masing-masing, terdapat perbezaan dalam sebutan sesuatu perkara atau benda yang merujuk kepada perkara atau benda yang sama. Misalnya, dalam perbualan seharian antara kami, penggunaan dialek yang paling menonjol adalah dari segi sistem panggilan. Saya menggunakan sistem panggilan aku untuk kata ganti diri pertama dan hang atau hangpa untuk merujuk kepada orang yang kedua manakala, bagi rakan saya yang menggunakan dialek Perak, mereka menggunakan istilah miker yang merujuk kepada orang pertama dan kome untuk merujuk orang yang kedua. Rakan saya yang menggunakan dialek Kelantan pula menggunakan istilah ambo untuk kata ganti diri yang pertama dan demo untuk kata ganti diri yang kedua. Walaupun berbeza tetapi masih merujuk kepada perkara yang sama. Hal ini mencerminkan bahawa wujud variasi bahasa di negara kita.
Rakan-rakan yang menggunakan pelbagai dialek negeri masing-masing antaranya Perak, Kedah, dan Kelantan. |
No comments:
Post a Comment