Friday, 5 October 2012

Dilaksanakan atau di laksanakan ?


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pada entri yang sebelum ini, saya telah berkongsi pengalaman bahasa saya tentang kesalahan dalam ejaan. Baiklah, pada entri kali ini, saya ingin berkongsi pula tentang pengalaman bahasa saya yang lain iaitu berkenaan dengan penggunaan kata sendi di.
                Alkisahnya bermula apabila saya dan beberapa orang rakan dalam perjalanan untuk menuju ke satu destinasi dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Dalam perjalanan itu, mata saya sempat memerhatikan keadaan di kawasan sekeliling. Sedang mata asyik meliar-liar di kawasan persekitaran itu, mata saya sempat menangkap satu kawasan yang sedang dalam proses pembinaan. Di situ, terdapat satu papan tanda yang bertulis seperti ini :

                                                    Awas ! Pembinaan sedang di laksanakan





Jadi, saya telah mengenal pasti bahawa terdapat kesalahan pada penggunaan kata sendi yang telah tertulis di papan tanda tersebut. Kesalahan itu dapat diperbetulkan sekiranya kata sendi di itu dirapatkan pada perkataan dilaksanakan. Selama ilmu yang telah saya pelajari, penggunaan kata sendi di hanya perlu dijarakkan sekiranya menceritakan tentang tempat sahaja. Jadi, kita haruslah peka terhadap penggunaan kata sendi yang betul.

No comments:

Post a Comment